7 November 2009 menjadi satu tarikh keramat sebabnyo, kelate masuk final, lamo doh nanti nak masuk final piala malaysia akhirnya buleh jgk lepas 40 taun nanti, aku x lahir lagi masa ngelas kelate masuk 1970, mama n papa pun baru umur 7 & 8 tahun, lama benar deh, jadi sebab semangat punya pasal aku mitok tlg saem aku beli tiket final
ni tiket final
pas tu duk mikir nak pakai hok manamaka selepas beli tiket pilih baju nak pakai, aku pun turun rumah untuk ke airport pc, seorang wanita yang aku panggil E juga saem yakk dari sekoloh rendoh lagi mari amik dumoh g htr kat airport, terima kasih E
aku masuk check in tiket, amik tiket, beli makanan skit, pas naik kat balai belepras, maka aku terbanglah dgn kapal terbang yg bernombor AK5287 jam 3.00pm, ni sempat lagi posing dgn kapal terbang sebelum nak naik, hehehehe
maka terbanglah aku menuju ke LCCT perjalanan yg mengambil masa kira2 50 minit, aku dpt melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yg maha ESA, MASYA ALLAH, begit cantik pemandangan dari atas, aku menitiskan air mata pabila melihat keindahan yang ALLAH ciptakanni je gmbr dari udara yg smpt aku rakam, kamera cap ayam, kamera ada g tgl atas meja dalam bilik, padan muka
aku selamat tiba di LCCT 350pm, aku htrlah sms kpd papa mengatakan aku selamat sampai, tidak lupa jugak buat E, aku turut sms dia untuk bagitau yg aku dah smp.
alhamdulillah selamat tiba di LCCT.
aku masuk terminal terus kol kawan MHROSDI, dia dtg amik di LCCT terus perjalanan menuju ke SNBJ. dalam perjalanan sekali konvoi dgn fans n9, mmg gempak diaorg, konvoi
smp je SNBJ terus masuk dalam stdium, line hp x yah oyak la, payah buke main, kol masuk voicemail mapus kredit gitu jah masa duk SNBJ, smp ko nak janji masuk skali dale stdium x jadi, frust sero x leh duk dgn gu gu hok lain
pas masuk bergmbr la dulu, nk tunjuk bukti mari SNBJ nie, lamo kei kata nipis final x g,
suasana dale stadium
pas cari tmpt strategik, duk skali dgn sek gende, sene nak wi laung semangt nie
ni saem aku nama khiru shaleh hok rakam gmbr aku masa aku tgh wat naik smngt pok pok pykg

ni gmbr seorg ultras kelate, jatuh bangun bola kelate ttp ada, ni paling nikmat aku sero sebab buleh kecapi final, syukur pada Tuhanduk tgh msg jugk ko saem suh duk skali, abe jera pun tlg snap gmbr tgh sms ko saem, cri dia hile x tau duk mana, kaba-kaba ada gmbr aku dia snap

pas keno sutir gol, aku jah hok duk sorok gomo kelate gomo nak suh semngt, apo paling belake, mapus keras pnykg, nk sokong time gol jah, aku x bercara, dgn MHROSDI n POKKIOK aku sorok jugak smp pecah, tp hampa dgn pykg yg lepar bedil, btl air, frust aku, gme kaloh x po lagi, sebab mene final satu bonus bagi aku, tpi prangai pykg buat aku frust
pas kelik la, tubik jah SNBJ, sek kelate duk hmbak sek n9 sie aku tgk dia timbuk, aku dgn POKKIOK g sekat, baso gom sengoti la, kalah wat cra kalah, nak g gocoh fans n9 bakpo, nak g gocoh sgt nuh gi gocoh hok sumbat gol, tanya dia bakpo sumbat gol kelate, x habis2, apa nak jadi dgn budak2 lo ni, otak duk palo lutut ko???
pas kelik singgh la village view, lapar nie weh, kak ani n abe ise pun ada, duk bual2 minum make, tgk sek n9 duk sebeloh, salam ucap tahniah ko sek dio sebab mene
pas kelik tdo, luah dale facebook dulu frust dgn pykg, hhhuhuhuhuh,
bangun pagi duk relex2, pas g make jamu lakso, ajok saem2 pakat x leh mari, g hok mana ada la, burrrlpp, kenye kakloh make, hahaha
pas puas weh nak g LCCT lmbt lagi, g dgn MHROSDI lepak2 di Putrajaya,


amik la sekeping dua wat kenangan hahahaha,
pas gi meround putrajaya dari presint 1 smp presint 20, gilo sngoti, nak wat ko x dok aroh dok oh,
6.00pm smp LCCT chek in amik tiket, sero lapar perut plok, pas kol saem muga oyak nak mari, saem hok dale gegar nama Amni, jupo Amni kejut beruk sero, Affa ada skali, diaorg mari 4 ore semua, lepak marybrown, make ringkas2 ble2 bual, 710pm masuk dale balai, g smaye mgrb jamak iso lalu, pas lama sero bakpo plik x pggl lgi, g tnya oyak flgt delay 930pm, sakit hatinya sero, nyesal x make lalu masa duk marybrown, nak tubik g mcd tepi pok guard x sey wi, cerok doh nie perut lapa, godey jugak make dale tu, nasi po nak wi ko budak tadka dgn air peel fresh, rm18.90, mahal nya, kejut beruk aku, dale hati gak, nak g mekoh kelik hari ko, agok2 la nak katok pun, kalu nasi banyak lauk banyak aku x berkira,
duk nggu lama2 sms la dgn E, oyak flgt delayed, msg ko papa oyak flgt delayed g amik lewat la skit, msg la dgn E 2 3 keping, x leh lama jgk sian dia nk stdy nk final, pas 915pm naik flgt, 930pm berlepas kelik, sayu tgk pemandangan malam, nak amik gmbr x napok gapo sekaro, pas smp airport pc 10.30pm, kol papa oyak nak tubik, sms ko E oyak selamat smp doh, nk tubik sero po ore besar plok, ramai ore nggu kekekekeke, perasaan jah lebh, papa amik terus kelik, mandi2 bukak lptp masuk gmbr skit, pas tdo, hari nie baru buleh wat cerito, hahahahahhehehe beli servenior skit ko E, hrap nanti nk wi, dia sudi terima
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "
MasyaAllah... Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami macam nie... Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya.... Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami-2 yang redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi...
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
>> "Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar - benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.Pegawai TNB tu pun berkata
>>" ini rumah En. Mahpus ker?"
>>"iya, saya ni isterinya. ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata,
>>"Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.
>>" APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab
>>"ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata - kata pegawai TNB itu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
>>"APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan
>>" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
>>"nanti saya bincang dengan suami saya.."
lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ,dia pun memekik seraya berkata
>>"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh - heboh ke dalam internet. awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
>>"sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..."
kata-kata pegawai TNB tu membuat kan si mahphus naik berang.
>>"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap
>>" kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."
Si Mahpus mencelah
>>" apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap
>>" nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"
?????????????????????+-